ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
net positive impact (NPI) | impak positif bersih (NPI) | ESG | Hasil bersih sesuatu projek yang berpotensi memberikan kesan positif terhadap pemegang kepentingan, masyarakat dan alam sekitar. |
net carbon intensity (NCI) | keamatan karbon bersih (NCI) | ESG | Ukuran metrik yang digunakan untuk mengukur pelepasan bersih karbon dioksida daripada sesuatu aktiviti. |
Net Zero Banking Alliance | Perikatan Perbankan Sifar Bersih | ESG | Kumpulan peneraju bank global yang beriltizam untuk memastikan aktiviti peminjaman, pelaburan dan pasaran modal sejajar dengan pelepasan gas rumah hijau sifar bersih pada tahun 2050. |
cleantech | teknologi bersih | ESG | Lihat clean technology. |
net positive | manfaat bersih | ESG | Keadaan yang membawa lebih banyak kebaikan kepada alam sekitar dan masyarakat berbanding keburukan. Sinonim net benefit. |
net benefit | faedah bersih | ESG | Lihat net positive. |
clean technology | teknologi bersih | ESG | Teknik atau kaedah untuk mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar dengan mengehadkan penggunaan sumber asli, penghasilan sisa dan pelepasan karbon secara berlebihan. Sinonim cleantech. |
net zero carbon emission | pelepasan karbon sifar bersih | ESG | Perihal pelepasan gas rumah hijau antropogenik diimbangi dengan penyingkiran dan pengurangan gas rumah hijau antropogenik dalam jangka masa tertentu. |
green mobility | mobiliti hijau | ESG | Sistem pengangkutan yang menggunakan sumber tenaga bersih seperti elektrik, hidrogen atau sumber biobahan api. |
energy efficiency | kecekapan tenaga | ESG | Cara penggunaan tenaga atau sumber tenaga yang menghasilkan peningkatan faedah bersih bagi setiap unit tenaga. |