ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
emission trading | perdagangan pelepasan | ESG | Urusan jual beli pelepasan karbon di bawah penguatkuasaan undang-undang di peringkat kebangsaan, serantau atau antarabangsa. |
Emissions Trading System (ETS) | Sistem Perdagangan Pelepasan (ETS) | ESG | Sistem perdagangan kredit karbon di bawah penguatkuasaan undang-undang di peringkat kebangsaan, serantau atau antarabangsa. |
United Nation's Development Programme (UNDP) | Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) | ESG | Agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berperanan untuk membasmi kemiskinan, melaksanakan Perjanjian Paris dan mencapai Matlamat Pembangunan Mampan. |
International Energy Agency (IEA) | Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) | ESG | Organisasi berautonomi antara kerajaan yang ditubuhkan di bawah rangka kerja Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi untuk menyediakan cadangan polisi, analisis dan data mengenai sektor tenaga global. |
United Nations Environment Programmme (UNEP) | Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP) | ESG | Badan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berautoriti terhadap hal-hal berkaitan alam sekitar. |
The Special Climate Change Fund (SCCF) | Kumpulan Wang Perubahan Iklim Khas (SCCF) | ESG | Kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah Konvensyen Kerangka Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk membiayai projek yang berkaitan dengan pemindahan dan pembangunan teknologi serta kepelbagaian ekonomi. |
Sustainable Development Goals (SDGs) | Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) | ESG | Rangka tindakan bersama dalam Agenda Pembangunan Mampan 2030 berteraskan 17 matlamat global yang diterima pakai oleh negara di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk keamanan dan kemakmuran sejagat, masa kini dan akan datang. |
Kyoto Protocol | Protokol Kyoto | ESG | Perjanjian antarabangsa yang mewajibkan negara yang terikat dengan protokol ini untuk mengehadkan dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau. Protokol ini termaktub di bawah Konvensyen Kerangka Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. |