Kata |
Takrif |
Sumber |
Ethiopia | negara di timur Afrika yg berhampiran Laut Merah, meliputi Lembah Great Rift, gurun, dan penara tinggi yg mempunyai banyak sungai termasuk sungai Nil Biru. Negara ini merupakan negara Afrika yg paling lama merdeka, iaitu sejak abad ke-2 SM | Kamus Dewan Perdana |
Ecuador | negara republik yg terletak di Amerika Selatan, tanahnya meliputi dataran pantai Lautan Pasifik dan dipisahkan oleh banjaran dan penara pergunungan Andes yg terdiri drp hutan lembah Amazon. Negara ini merdeka drp Sepanyol pd tahun 1822 dan menjadi republik pd tahun 1830 | Kamus Dewan Perdana |
Eritrea | negara yg bersempadan dgn Sudan di bahagian utara dan barat, Laut Merah di bahagian utara dan timur, manakala di selatannya terletak negara Ethiopia dan Djibouti, rupa buminya bergunung-ganang. Pantai Laut Merahnya merupakan kawasan yg paling panas dan kering di Afrika, sementara bahagian tengahnya pula mempunyai lembah yg subur utk pertanian. Negara ini merdeka drp Ethiopia pd tahun 1993 | Kamus Dewan Perdana |
|
Puisi |
---|
|
Tanah Lambor tanahnya lembah, Tanam keduduk bercabang dua; Memang tanah Lambor ini bertuah, Siapa nak duduk mesti berdua.
Lihat selanjutnya... |
|