Kata |
Takrif |
Sumber |
endoderma | lapisan yg paling dalam antara tiga lapisan embrio haiwan, yg berkembang menjadi salur pencernaan, salur pernafasan, paru-paru, dan struktur lain yg berkaitan | Kamus Dewan Perdana |
eluviasi | perpindahan bahan terlarut atau terampai dr lapisan tanah yg paling atas ke lapisan tanah di bawahnya melalui peresapan | Kamus Dewan Perdana |
enamel | lapisan putih dan keras yg terbentuk pd permukaan gigi | Kamus Dewan Perdana |
emulsi | lapisan gelatin pd bahagian bawah jalur filem yg mengandungi bahan sensitif yg peka kpd cahaya dan berkemampuan menangkap imej foto | Kamus Dewan Perdana |
epispora | lapisan paling luar dinding spora, yg menentukan bentuk dan warna spora | Kamus Dewan Perdana |
epikarpa | lapisan paling luar pd perikarpa buah tertentu | Kamus Dewan Perdana |
epidermis | lapisan tisu paling luar pd tumbuhan atau haiwan | Kamus Dewan Perdana |
endoplasma | lapisan dalam sitoplasma yg bergranul dan lebih bersifat bendalir berbanding dgn ektoplasma | Kamus Dewan Perdana |
endokarpa | lapisan atau bahagian paling dalam pd perikarpa buah tertentu spt kelapa, biasanya keras dan berserabut, mis tempurung kelapa | Kamus Dewan Perdana |
endodermis | lapisan yg paling dalam pd akar tumbuhan, batang paku pakis, dan batang beberapa tumbuhan dikotiledon, dan berfungsi mengawal pengaliran air dan larutan secara mendatar di dlm akar dan batang | Kamus Dewan Perdana |
|
|