Kata |
Takrif |
Sumber |
eufonium | alat muzik drp kumpulan alat muzik bras, berbentuk bulat, berserombong besar dan mempunyai tiga hingga lima injap, mengeluarkan nada dasar bes dan dimainkan dlm pancaragam | Kamus Dewan Perdana |
engkerumong | alat muzik tradisional yg diklasifikasikan sbg idiofon, terdiri drp satu set gong, iaitu antara lima hingga lapan biji gong yg terletak mendatar dlm rak kayu. Alat muzik ini dipukul dgn sepasang pemukul kayu dan dimainkan oleh kaum Iban di Sarawak utk mengiringi tarian ngajat | Kamus Dewan Perdana |
engkerurai | alat muzik tradisional yg diklasifikasikan sbg aerofon, dibuat drp empat hingga enam batang buluh kecil yg tidak sama panjang, diikat dgn rotan dan dilekatkan hujungnya pd labu kering. Alat ini dimainkan oleh suku kaum Iban dan disebut keledi atau keluri oleh suku kaum Orang Ulu di Sarawak | Kamus Dewan Perdana |
erhu | alat muzik tradisional Cina yg mempunyai dua tali logam yg dimainkan dgn cara sebelah tangan menggesek talinya manakala sebelah tangan lagi memetik talinya, dan dimainkan secara menegak di atas riba pemain | Kamus Dewan Perdana |
engkol | alat pemutar utk menghidupkan mesin, enjin kereta dll | Kamus Dewan Perdana |
pengeram | alat utk menghangatkan telur sehingga menetas | Kamus Dewan Perdana |
pengenjut | alat utk mengenjut sso atau sst | Kamus Dewan Perdana |
endoskop | alat optik gentian yg halus dan panjang utk memeriksa bahagian dlm organ yg berongga spt perut, usus dan pundi kencing | Kamus Dewan Perdana |
empoyan | alat yg digunakan utk menggulung tali pancing, tali sauh dsb | Kamus Dewan Perdana |
pengemping | alat yg digunakan utk membuat emping | Kamus Dewan Perdana |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata alat |
|
Peribahasa |
---|
| 12 A bad workman always blames his tools Orang yang tidak pandai melakukan sesuatu pekerjaan biasanya enggan mengakui kelemahan diri tetapi sebaliknya menyalahkan alat yang digunakan pula. Tak pandai menganyam, pandan disalahkan. She apologized for the burnt cookies, saying that her oven was an old model. Incompetent people always blame other things for their failures. As the saying goes, a bad workman always blames his tools. Dia meminta maaf kerana biskut tersebut hangus. Alasannya ialah ketuharnya model lama. Orang yang tidak mahir sering menyalahkan benda lain atas kegagalan mereka, bak kata pepatah tak pandai menganyam, pandan disalahkan. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|