| Pantun |
Sumber |
Tema |
| Jika cawan diisi nira, Isi bersama buah bidara; Jika tuan wira Negara, Genggam teguh tiang bendera. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
| Banyak perahu dagang, Berlabuh di muara; Ada semngat juang, Jadi wira Negara. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
| Laksa Sarawak sedap rasa, Bancuh kopi untuk saudara; Dapat digelar wira bangsa, Bertanggungjawab kepada Negara. | Pantun Melayu Sarawak | Berkait |
| Buah kana buah berangan, Ada sira nasi beryani: Cina pertama diberi sanjungan, Jasa wira gagah berani. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
| Buat perencah kuah laksa, Laksa Sarawak sedap rasa; Siapa dia gagah perkasa; Dapat digelar wira bangsa. | Pantun Melayu Sarawak | Berkait |
| Patah gergaji kayu hidup, Kena kaki anak dara; Sudah tahu gaji tak cukup, Kenapa beli Proton Wira? | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
|
| Tesaurus |
|---|
| | | wira (kata nama,) | | Bahasa Asal :sastera lama | | Bersinonim dengan pahlawan, lelaki, jaguh, perwira, pendekar, kesateria, wirawan, bahadur, jago;, | | | Kata Terbitan : kewiraan, |
|
|