Pantun |
Sumber |
Tema |
Padi lurut selasih lurut, Bawa belayar tanah seberang; Budi turut kasih pun turut, Jangan harap hatilah orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Waktu membeli tali seluar, Banyak mulut turut mengusut; Baru berdiri kaki gementar, Hendak duduk buntut berbisul. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sejak beruk bermain gendang, Banyaklah kijang turut menari; Sejak datuk berhidung belang, Banyaklah orang takut berbini. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sayang buah pulang ke laut, Khabar berita saya turut; Bunga hadiah saya menyambut, Tutur belia saya menurut. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Limau purut limau sembawa, Limau manis tibak-tibakkan; Akan turut tidak dibawa, Tinggal menangis sidak-sidakkan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ambil karung mengisi ruas, Pengikatnya pula tali guni; Adik turut hamba tak puas, Cuma abang tak insafkan diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pok-pok bunga di kendi, Dalam kendi berkaca bunga; Ikut turut mengenal budi, Dalam budi saya terkena. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Mudik ke Hulu Bukit Beruas, Ambik kulit jemur tenggiri; Adik turut ambo tak puas, Cuma abang tak insafkan diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau nak lurut padi muda, Kenalah rendam bagi rapuh; Kalau nak turut hati muda, Kena pegang bagi kukuh. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Ganda guli gulut-bergulut, Titian ini menjelang batu; Ke mana pergi akan turut, Datang ke mari kerana malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
|
Puisi |
---|
|
Sayang buah pulang ke laut, Khabar berita saya turut; Bunga hadiah saya menyambut, Tutur belia saya menurut.
Lihat selanjutnya... |
|