Pantun |
Sumber |
Tema |
Ombak Tsunami datang menyerbu, Tiada kawalan tiada sempadan; Angka kematian beratus ribu, Habis musnah punca kehidupan. | Pantun Melayu Sarawak | Rampai Tsunami |
Apa disesal kayu berdiri, Tiada rebah tiada berguna; Apa disesal semahu diri, Sial tuah sial hujungnya. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Hendak makan pinang tiada, Pinang ada di atas meja; Ke sana tiada di sini tiada, Baru kutahu hatiku hampa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Mak Minah duduk di pintu, Duduk di pintu merejut renda; Merana hamba yatim piatu, Tiada ayah tiada berbonda. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kalau tiada kerana bulan, Tiada bintang terbit pagi; Kalau tidak kerana tuan, Tidak saya jadi begini. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Intan dingin isinya dingin, Dingin tidak berbau lagi; Puan ingin tiada ingin, Ingin tiada baharu lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Alim nampak kepada rupa, Alim dijunjung sampai tua; Yatim anak tiada berbapa, Yatim kampung tiada bertua. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Anak kumbang terayap-rayap, Ditangkap oleh anak Turki; Hendak terbang tiada bersayap, Hendak hinggap tiada berkaki. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak kumbang terayap-rayap, Mari ditangkap anak Turki; Hendak terbang tiada bersayap, Hendak hinggap tiada berkaki. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Jika tiada pisang tembatu, Makan saja sebarang pisang; Jika tidak abang bercumbu, Manakan hamba mabuk kepayang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Puisi |
---|
|
Hendak makan pinang tiada, Pinang ada di atas meja; Ke sana tiada di sini tiada, Baru kutahu hatiku hampa.
Lihat selanjutnya... |
|