Pantun |
Sumber |
Tema |
Nampak perahu terapung-apung, Cik Rasib tukang kemudi; Jangan selalu harapkan untung, Kalau tak nasib mana nak jadi. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Banyaklah ikan mabuk terapung, Kerana terminum air tuba; Letaklah dan duduk bermenung, Kerana belum bertemu adinda. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tudung saji hanyut terapung, Sulam mari gambar benang; Niat hati nak balik kampung, Lautan dalam tidak terenang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Tudung saji hanyut terapung, Hanyut sampai Pulau Jerjak; Hajat hati nak pulang ke kampung, Badan terkurung tempat dipijak. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Tudung saji hanyut terapung, Disulam gambar dengan benang; Hati ingin pulang ke kampung, Luasnya laut tidak terenang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Rasau pun patah hanyut terapung, Batang mayang dibuang jangan; Walau kita berlainan kampung, Kasih abang dibuang jangan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Bukan rakit sebarang rakit, Rakit terapung di tengah sungai; Bukan sakit sebarang sakit, Sakit menanggung kasih tak sampai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bila orang menuba ikan, Tentu banyak mati terapung; Bila abang lupa perjanjian, Tentu retak tali penyambung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Orang menuba suak dan sungai, Banyaklah ikan mati terapung; Abang umpama budak tergadai, Hendak berjalan kaki terpasung | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |