Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; ujian ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Terapung tak hanyut, terendam tak basah.

Takrif

Belum ada sesuatu ketentuan (tentang perundingan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Terapung sama hanyut, terendam sama basah (= lulus sama terbenam).

Takrif

Persahabatan yang setia, sehidup semati.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hilang dicari, terapung direnangi, terbenam diselami.

Takrif

Memeriksa dengan teliti; menolong seorang dalam kesusahan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Asal sabut terapung, asal besi tenggelam.

Takrif

Untung-untungan; kalau bernasib baik tentu selamat, kalau bernasib malang tentu jatuh.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seberat-berat kayu, terapung juga dalam air.

Takrif

Fikiran seseorang itu biar bagaimanapun teguhnya dapat juga dihasut.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terapung

Puisi
 

Tudung saji hanyut terapung,
     Sulam mari gambar benang;
Niat hati nak balik kampung,
     Lautan dalam tidak terenang.



Lihat selanjutnya...