Pantun |
Sumber |
Tema |
Apalah tanda belat kita, Belat kita berdiri tegak, Tegak berdiri sebelah-menyebelah; Apalah tanda adat kita, Adat kita bersendi syarak, Syarak bersendi Kitabullah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Tegak adat rakyat bahagia, Pemimpin terpuji muka belakang; Rosak adat rakyat teraniaya, Pemimpin keji bala pun datang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tegak adat rakyat pun taat, Pemimpin elok berkata jujur; Rosak adat rakyat khianat, Pemimpin teruk lidah terjulur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tegak adat hidup terpandang, Pemimpin senang rakyat selamat; Rosak adat hidup menyimpang, Pemimpin kenyang rakyat melarat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tegak adat hidup senonoh, Pemimpin adil rakyat sejahtera; Rosak adat hidup bergaduh, Pemimpin degil rakyat derhaka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tegak adat hidup sentosa, Rakyat tenang pemimpin terpuji; Rosak adat bertambah dosa, Laknat datang sepanjang hari. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tegak adat syarak berdiri, Hidup selamat dunia akhirat; Rosak adat rosaklah negeri, Hidup sesat sengsara umat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tegak adat kukuhlah bangsa, Hidup rukun tenggang-menenggang; Rosak adat tumbuh sengketa, Sengketa tumbuh nasib pun malang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tegak adat teguhlah umat, Umat teguh hidup pun damai; Rosak adat tumbuhlah laknat, Laknat tumbuh hidup meragai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tegak adat tegaklah tuah, Tuah menjadi payung negeri; Rosak adat tercampak maruah, Maruah tercampak lancunglah diri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
|
Puisi |
---|
|
Berempat tegak di tepian, Cukup berlima maka mandi; Usah mengumpat di bahagian, Suratan sudah dimenterai.
Lihat selanjutnya... |
|