| Pantun |
Sumber |
Tema |
| Amerika dilanda taufan, Bala tanpa sempadan; Lupa kuasa Tuhan, Hidup tiada haluan. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Sampan nadi dibantai taufan, Ombak melanda pengayuh patah; Badan seperti bangkai berjalan, Nampak betina meleleh ludah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Angin puyuh puting beliung, Lautan luas dilanda taufan; Ingin menjauh hatiku bingung, Badan lemas lupalah makan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Kapal belayar tengah lautan, Tenggelam timbul pukul taufan; Datang ribut barat selatan, Belum saya buang muatan. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
| Angin bertiup bercampur embun, Ombak memukul dengan taufan; Apa guna harta bertimbun, Sudah mati selesai kapan. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
| Tumbuk beras jadikan tepung, Buat mari kuih kelepong; Ribut sampai taufan pun kepung, Doa yang mana boleh tolong? | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
| Suluh menyuluh di Teluk Emas, Panas sejuk angin utara; Ribut taufan baik berkemas, Antara belum jadi sengsara. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
| Ada satu panglima raja, Duduk kerusi kepala meja; Tengah belayar taufan pun tiba, Sampan kecil mahu buat apa? | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Raja Seman Raja Sulaiman, Ketiga dengan Tengku Daud; Baik-baik pegang pedoman, Taufan bergeser ke barat laut. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
| Apa benda di tepi hutan, Entah hantu entah syaitan; Tak biasa ribut serta taufan, Jangan berani belayar lautan. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
|
| Puisi |
|---|
|
Kapal belayar tengah lautan, Tenggelam timbul pukul taufan; Datang ribut barat selatan, Belum saya buang muatan.
Lihat selanjutnya... |
|