Pantun |
Sumber |
Tema |
Naik gunung mana arak, Batu mana tanah air; Rendah gunung tinggi arak, Dari awal sampai akhir. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Pancang jermal tanah di air, Berbilang tahun tiada lapuk; Orang berakal faham berfikir, Senang menuntun sesama makhluk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Masak bubur terlalu cair, Makan dicampur dengan nira; Tanah lembah kandungan air, Kayu bengkok titian kera. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Air hujan turun mencurah, Jatuh ke tanah terus ke laut; Binasa badan menahan gundah, Kasih kucurah tiada bersambut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Mengetam papan di tanah rata, Buah anggur buah berangan; Minta disiram air mata, Minta tidur di tapak tangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Duduk di tanah Kelebang, Curi daging makanan Cik Tahir; Berapa deras dipukul gelombang, Belum mabuk ikan di air. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
|
Puisi |
---|
|
Masak bubur terlalu cair, Makan dicampur dengan nira; Tanah lembah kandungan air, Kayu bengkok titian kera.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 261 East, west, home's the best Betapa baik pun tempat orang, baik lagi tempat sendiri. Hujan keris lembing di negeri kita, hujan emas perak di negeri orang; baik lagi di negeri kita. My father has been living abroad for years, and now he's a successful businessman. But deep down in his heart, he yearns to return to his homeland because to him, east, west, home's the best. Bapaku telah lama hidup di perantauan, dan kini menjadi usahawan yang berjaya. Namun begitu, jauh di dalam hatinya, dia hendak pulang ke tanah air, kerana baginya, hujan keris lembing di negeri kita, hujan emas perak di negeri orang; baik lagi di negeri sendiri. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|