Pantun |
Sumber |
Tema |
Titi jalan mati, Titi Bandar Miri; Syaitan puas hati, Musnah anak negeri. | Pantun Melayu Sarawak | Budaya |
Belian kayu hutan, Kayu paling tahan; Syaitan perosak iman, Musnah kehidupan. | Pantun Melayu Sarawak | Budaya |
Surung-surung papan, Papan rumah tuan; Kerana ikut syaitan, Tiada masa depan. | Pantun Melayu Sarawak | Budaya |
Adat Melayu pantang berkeras, Keras dan paksa sifatnya syaitan; Jahatlah laku orang pemeras, Memeras bangsa dilaknat Tuhan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Apa benda di tepi hutan, Entah hantu entah syaitan; Tak biasa ribut serta taufan, Jangan berani belayar lautan. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Boleh buat titi, Titi jalan mati; Sendiri tuan rugi, Syaitan puas hati, | Pantun Melayu Sarawak | Budaya |
Tidak pakai tukang, Belian kayu hutan; Hidup lintang pukang, Syaitan perosak iman. | Pantun Melayu Sarawak | Budaya |
Jika Merpati singgah ke Jordan, Kemas0kemas pukul satu; Jika hati dirasuk syaitan, Emas pukal disangka batu. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Titi-titi jati, Surung-surung papan; Hati jadi mati, Kerana ikut syaitan. | Pantun Melayu Sarawak | Budaya |
Ya Allah malikul rahman, Anakku ini berilah beriman; Amal ibadah minta kuatkan, Syaitan iblis minta jauhkan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
|
Tesaurus |
---|
| syaitan | Bahasa Asal :Arab | | Rujuk :hantu |
|
Puisi |
---|
|
Padi pulut di tepi hutan, Dimakan kera dengan babi; Hati perut diganggu syaitan, Satu kerja pun tak menjadi.
Lihat selanjutnya... |
|