Pantun |
Sumber |
Tema |
Talinya sumbang tidaklah kena, Pukul gendang sambil berdiri; Abang ikut barang ke mana, Adik nak bawa rumah sendiri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau kutahu padi sumbang, Biarlah sawah tumbuh keladi; Kalau kutahu budi nak terbang, Haram tidak berbudi lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Buruk parang dimakan karat, Sekali pakuk matanya sumbang; Buruk orang melupakan adat, Diberi petunjuk muka berpaling. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Dengan bismillah pembuka citra, Jari disusun memohon maaf; Jika sumbang tersalah bicara, Maaf saudara hamba mengharap. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Arang baru dikarang, Masak ikan parang; Orang suka temberang, Macam kera sumbang. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Pandai-pandai mengibar jala, Dapat sembilang ikan berduri; Menjalan tugas dengan setia, Sumbang bakti jati diri. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
Yang disebut berkain gumbang, Pagi dan petang berkain saja; Orang berebut bermain sumbang, Anak bini orang dimainkannya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Supaya lauk tidak terbuang, Sebelum sejuk hangatkan lagi; Supaya duduk awak tak sumbang, Sebelum duduk ingatkan diri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau selalu berseluar sampak, Ditengok orang tidaklah patut; Kalau selalu gemar bertandak, Duduk sumbang tegak pun kalut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Jika menyukat tidak pa, Ramailah orang menjadi ragu; Jika adat tidak dipakai, Perangai sumbang hati berbulu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |