Pantun |
Sumber |
Tema |
Tali jerami simpai selapis, Guna pengikat tataran lembing; Hatiku ini bagai diiris, Bila melihat tuan berpaling. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Ujung tiang diberi simpai, Elok caranya tiangkan kuat; Untung malang menjadi lebai, Pendek doanya orang mengumpat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Usahkan menyimpai kepala tiang, Simpai galah abang simpaikan; Usahlah mengunkai di tangan orang, Di tangan Allah abang ungkaikan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Awas-awas menyimpai damar, Salah simpai tali berjurai; Awas-awas memakai seluar, Salah pakai pasti terburai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Betul ikat betul simpainya, Betul simpai baru dipasang; Betul adat betul perangainya, Betul perangai didahulukan orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Lain pahat lain bajinya, Lain baji lainlah simpai; Lain adat lain kajinya, Lain kaji lainlah curai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sayang keladi rasanya gatal, Hingga tak jadi dibuat gulai; Abang pegi adinda tinggal, Jagalah janji yang kita simpai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |