| Pantun |
Sumber |
Tema |
| Pergi kehulu buah rambutan, Sayang durian tiada berbunga; Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tiada berguna. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Dari Siam pergi Kelantan, Dari Kelantan ke negeri China; Sesal dahulu jadi pendapatan, Sesal kemudian tiada guna. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Pokok duku di hujung jalan, Patah ditimpa si dahan sena; Sesal dahulu memang pendapatan, Sesal kemudian haram tak guna. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Apa nak sesal kepada tudung, Tudung saji terendak Bentan; Apa diharap kepada untung, Untung tidak serupa badan. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Ambil pisau pengait sirih, Sirih ada di tengah laman; Jangan sesal tidak boleh, Kerana tidak ada pertemuan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Burung pipit burung serindit, Terbang ke awan berderai-derai; Apa nak sesal padanya nasib, Nyawa di badan lagikan bercerai. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Waktu sehari terasa lama, Ditinggal sedang mabuk kepayang; Malulah hati bersua janda, Sesal pun datang bukan kepalang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Fakir datang dihidang halwa, Manis senyuman budi bahasa; Berzikir bertaubat mententeram jiwa; Sesal badan berbuat dosa. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
| Tanam lada tepi perigi, Tumbuh rumput dengan sendayan; Jangan menyenda sekehendak hati, Takut sesal ditanggung kemudian. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
| Tek kerencing orang semandi, Cabut ekor tinggal kepala; Tak sabit barang ke mari, Sesal juga dalam kepala. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
|
| Puisi |
|---|
|
Dari Siam pergi Kelantan, Dari Kelantan ke negeri China; Sesal dahulu jadi pendapatan, Sesal kemudian tiada guna.
Lihat selanjutnya... |
|