Pantun |
Sumber |
Tema |
Ayam todak sendiri batang, Sorok menyorok depan perahu; Abang hendak sendiri datang, Suruh-menyuruh saya tak mahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Kalau naik tangga sendiri, Jangan pula takut terjongkit; Dipandang orang berlari-lari, Dipandang sendiri terjingkit-jingkit. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Yang berakit sama ke hulu, Bila berenang basah sendiri; Sedang sakit minta dibantu, Sudah senang makan sendiri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Apabila bermalam di rumah orang, Jangan dianggap rumah sendiri; Apabila meminjam hak milik orang, Jangan dianggap hak milik sendiri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Hormat dulu diri sendiri, Itulah tanda orang yang mulia; Jangan dikejar gunung yang berlari, Hilang kabus nampaklah dia. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Sejuk tubuh diri sendiri, Hendak membuat barang makanan; Nampak pulau sebelah kiri, Melihat beting sebelah kanan. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Boleh buat titi, Titi jalan mati; Sendiri tuan rugi, Syaitan puas hati, | Pantun Melayu Sarawak | Budaya |
Yang ringan sama diangkat, Bila berat pikul sendiri; Orang penyegan suka menjilat, Makan kuat sebakul sehari. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Berbuah macang dimakan ungka, Ada angin gugur sendiri; Salah cencang tangan terluka, Salah pemimpin hancur negeri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Untung sekali menebang macang, Kalau dimakan kenyang sendiri; Untung sekali orang nan pincang, Kalau berjalan seperti menari. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata sendiri-sendiri |
|
Puisi |
---|
|
Kalau naik tangga sendiri, Jangan pula takut terjongkit; Dipandang orang berlari-lari, Dipandang sendiri terjingkit-jingkit.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 264 There is no place like home. Betapa baik pun tempat orang, baik lagi tempat sendiri. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiri My father has been living abroad for years, and now he's a successful businessman. But deep down in his heart, he yearns to return to his homeland because to him, there is no place like home. Bapaku telah lama hidup di perantauan, dan kini menjadi usahawan yang berjaya. Namun begitu, jauh di dalam hatinya, dia hendak pulang ke tanah air, kerana baginya, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiri. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|