Pantun |
Sumber |
Tema |
Yang berangkat tentulah senang, Senang pula cita rasanya; Orang berpangkat tentulah kenyang, Kenyang pula saudara-maranya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Adat Melayu pantang munafik, Orang munafik kembarnya kufur; Jahat laku senang mengusik, Senang mengusik pendeklah umur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Taat laki sayang ke bini, Sakit senang sama dirasa; Adat berdiri tenang negeri, Rakyat senang dunia sentosa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kalau begitu rupanya paya, Ayuh berenang serati kami; Kalaulah senang hati orang kaya, Yalah senang hati kami. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau berenang serati di paya, Berenang pula serati kami; Kalaulah senang hati orang kaya, Yalah senang hati kami. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kok jadi anak ke ladang, Tentukan jagung ditungalkan; Senang tandan melurut; Kok jadi anak berdagang, Tentu kampung dihunikan, Senang mande menurut. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Berkudi-kudi emas suasa, Senang si kaya rakyat jelata; Orang berbudi kita berbahasa, Mengenang jasa budaya kita. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Baik sungguh mandi berenang, Senang menyelam mencuci badan; Adik jauh di negeri seberang, Siang malam abang mimpikan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Nak takuk, takuklah, Supaya senang hendak meniti; Nak katuk, katuklah, Jangan sampai menjadi mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Kalau ada ikan pari, Senang saya masak tumis; Apa cakap tuan tadi, Cakap lepas jangan menangis. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |