| Pantun |
Sumber |
Tema |
| Kami dipindah ke Kem Seberang, Cukup makan cukup kenyang; Kini aku tinggal seorang, Saudara Malaysia saudara penyanyang. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
| Bancuh kopi untuk saudara, Tebas rumput rata-rata; Bertanggungjawab kepada Negara, Lepas tangan putih mata. | Pantun Melayu Sarawak | Berkait |
| Ayuh encik ayuh saudara, Cuba-cuba menabur padi; Kalau ada angin utara, Apa kehendak serba jadi. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Kalau helat hendak ramai, Sanak saudara jangan lupakan; Kalau adat hendak dipakai, Letakkan dia dengan kebaikan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Zaman dahulu hidup tenteram, Sanak saudara beramah-tamah; Badan lesu tak tidur malam, Dibentak mentua celana basah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Orang beradat hidupnya akur, Dengan saudara seminum semakan; Membuang adat negeri hancur, Hidup sengsara makan-memakan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Membeli baju hari raya, Pergi menziarah sanak saudara; Rajin dan usaha pasti berjaya, Taburkan jasa kepada Negara. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Yang berada sudahlah pergi, Niat membawa sanak saudara; Orang muda berpatah hati, Surat cintanya ditolak semua. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Laksa Sarawak sedap rasa, Bancuh kopi untuk saudara; Dapat digelar wira bangsa, Bertanggungjawab kepada Negara. | Pantun Melayu Sarawak | Berkait |
| Buah kedarah buah kepayang, Buah kelat julat berjulat; Pada saudara hendaklah sayang, Pada sahabat hendaklah taat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |