Pantun |
Sumber |
Tema |
Cacak kelong Bagan Tujuh, Jerjaknya sampai ke tepi; Kalau tuan berani sungguh, Saya ikut sampai ke mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Cik Yam turun ke barat, Sampai ke barat terkena duri; Ibarat royan biarlah ada tempat, Insaflah sedikit diri abang sendiri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Cik Siti pergi ke hulu, Sampai di hulu mencuci kain; Cari ganti sabar dahulu, Ini belum mahu pada yang lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bagaimana hendak pasang gaslin, Cerah sampai negeri China; Bagaimana kita hendak kahwin, Abang sudah ada yang punya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Angkut-angkut terbang ke langit, Sampai ke langit meragi kain; Sudah bertangkup bumi dan langit, Sama-sama mencari lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak rusa lari ke barat, Sampai di barat makan ubi; Sementara gila belum melarat, Carilah bomoh untuk mengubati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak ikan mudik ke hulu, Sampai ke hulu ditangkap ibu; Kalau mungkir janji dahulu, Hancurlah hati serta kalbu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak Cina turun ke padang, Sampai ke padang hatinya meradang; Kalau benci tuan memandang, Keratlah saya dengan pedang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bulan cerah bersinar benar, Cahayanya cerah sampai ke pintu; Cuba cubit abang nak kenal, Lainkah tidak dari dahulu? | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Angin barat bertiup lembut, Bertiup pagi sampai petang; Di mulut naga lagi kurebut, Inikan pula di tangan orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata sampai |
|
Puisi |
---|
|
Sayur meranti dirampai ketola, Nasi putih dalam pinggan; Sampai hati sampai rasa, Sedang berkasih tuan tinggalkan.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 26 Great barkers are not biters Orang yang menengking-nengking marah lazimnya tidaklah sampai mengambil tindakan atau mendatangkan kecederaan. Oleh itu kita tidak perlu takut padanya. Anjing yang menyalak (menggonggong) tak akan menggigit "I thought you were seriously beaten up by that burly man. I was really scared when he started shouting and threatening you. The whole block could hear him," I said. "A barking dog never bites, and this was not the first time," replied Ali calmly. "Aku ingatkan kau teruk dibelasah oleh lelaki sasa itu. Aku takut betul apabila dia menjerit-jerit dan mengancam-ancam kau. Seluruh blok bangunan ini boleh mendengar suaranya," kataku. "Anjing yang menyalak tak akan menggigit," jawab Ali dengan tenang. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|