Pantun |
Sumber |
Tema |
Ribut-ribut tumpang kereta, Ayam tergolek di dalam belanga; Orang berebut sama sebangsa, Tak molek secara mana. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Ribut-ribut bawa pukat, Melihat gelung di Selat Jawa; Kita hidup tanda muafakat, Tolong-menolong tanda sejiwa. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Singapura dilanggar ribut, Ribut datang dari seberang; Di mulut naga lagi kurebut, Inikan pula di tangan orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Di mana deru di situ ribut, Ribut diiring angin utara; Garam saya air di laut, Tak masin banyak sikit pun ada. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Angin ribut bertambah ribut, Banyaklah kapal patah kemudi; Ingin diikut belumlah patut, Hendak ditinggal tak sampai hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Ribut turun bersama angin, Kapal belayar menuju seberang; Sudah kucuba kawan yang lain, Tidak sama sahabat seorang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Apabila ribut menderu datang, Hendaklah jaga tali kemudi; Apabila perut terlalu kenyang, Banyaklah kerja tidak menjadi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Badai ribut melanda bumi, Banyak pohon patah dan tumbang; Andai tercabut cinta ke hati, Turun-temurun ku sumpahi abang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Walaupun ribut belum berhenti, Sampan berlayar didayung juga; Walaupun perut belum berisi, Kawan yang lapar ditolong juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Hujan ribut saya tak basah, Bukit Tenging bercabang tiga; Makan minum bujang tak susah, Sakit pening siapa nak jaga. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |