Pantun |
Sumber |
Tema |
Ke rawa bermain genta, Sampai meraih-raih canang; Senyawa sebadanlah kita, Bak sirih berjunjung pinang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Jambu muda dari Rawa, Gugur bersepah di kebun Pak Ali; Tinggallah semua sanak-saudara, Saya pergi jangan dicari. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Yang bukit tinggi, Yang rendah rawa; Yang dicubit pipi, Yang merah muka. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Batang kundur batang dedap, Dari rawa ke tanah kesang; Menumpang tidur agak sekejap, Dari senja sampai ke siang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Buluh betung berbusu-busu, Buluh kasap di tepi rawa; Sungguh beruntung orang bisu, Disuruh bercakap awak tertawa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Limau purut si limau manis, Sebatang tumbuh di tepi rawa; Kalau dijemput dengan manis, Orang datang dengan tertawa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |