Pantun |
Sumber |
Tema |
Raut-raut bemban kuraut, Kurautan dimuntung halu; Sahut pantunku sahut, Kalau tidak kubagi malu. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Apa guna pisau raut, Raut rotan buat ampaian; Tidak terkail ikan di laut, Walau umpan bersalut intan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Raut buluh raut rotan, Duduk memtik daun ulam; Laut biru jelas kelihatan, Di bawah berjuta rahsia alam. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Raut buluh raut rotan, Duduk memetik daun ulam; Laut biru jelas kelihatan, Di bawah berjuta rahsia alam. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Hendakku raut juga, kuraut juga, Ikan parang kati, jual berkati; Hendak kusahut juga, ku sahut juga, Takut Mak Gendang hati, berkecil hati. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
Pisau raut ulu sekerat, Pakai anak panglima desa; Dari laut naik ke darat, Memang nak cari senjata yang bisa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Pisau raut perancung kalam, Kalam dirancung empat segi; Di tengah laut harimau mengeram, Kucing mengiau di Pauh Janggi. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Pisau raut habislah patah, Diraut akan bingkai bertudung; Karam di laut habis basah, Tabah badan untuk berlindung. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Pisau raut ulu manung, Sudah manung bersalut timah; Lautan dalam ada gunung, Tak kusangka hujan dalam tanah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Pisau raut panjang sekerat, Buat meraut rotan saga; Ikan di laut asam di darat, Dalam belanga berjumpa juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
|
Tesaurus |
---|
| raut | | Kata Terbitan : meraut, |
|
Puisi |
---|
|
Apa guna pisau raut, Raut rotan buat ampaian; Tidak terkail ikan di laut, Walau umpan bersalut intan.
Lihat selanjutnya... |
|