Pantun |
Sumber |
Tema |
Hempas-hempas jambat pulih, Ikat gagak dimakan api; Hitam lepas putih tak boleh, Buang tangga berhayun kaki. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Rusa batu disimpul pulih, Bunga sena dalam jerami; Bagaimana tipu hendak boleh, Cuba guna dalam nyanyi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Rotan batu simpul pulih, Pauh percik dalam cawan; Bagaimana hendak boleh, Tahan racik pintu awan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Rendang lada disimpul pulih, Banyak udang di Pasir Mayang; Pandang ada ambil tak boleh, Banyak orang kasih dan sayang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hutan batu bersimpul pulih, Sama dengan hutan dusun; Bagaimana hatiku hendak boleh, Bubuhlah guna di dalam pantun. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hempas-hempas jambatan pulih, Ikat gagak dimakan api; Hitam lepas putih tak boleh, Buang tangga berhayun kaki. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Orang mengail di Alor Mat Pulih, Habis raga dimakan api; Sana duk harap sini tak boleh, Buang tangga berayun kaki. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Asap api membakar embun, Rendang lada disimpul pulih; Kalau kaca tangkainya embun, Pandang ada ambil tak boleh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Tali gerap tali pendengung, Rendang lada simbul pulih; Jangan diharap bunga kembang, Bila tahun hendak boleh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pokok keduduk bercabang tiga, Akar palas bersimpul pulih; Sungguh duduk bertindih riba, Jangan diharap kata nak boleh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Puisi |
---|
|
Rusa batu disimpul pulih, Bunga sena dalam jerami; Bagaimana tipu hendak boleh, Cuba guna dalam nyanyi.
Lihat selanjutnya... |
|