| Pantun | 
    Sumber | 
    Tema | 
   
  | Jika berteduh di bawah pokok, Pokok tumbang buahnya lesap; Kalau berkawan orang merokok, Tidak merokok terhidu asap. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |  
  | Pokok nyiur pokok pinang, Pokok dedap pohon pandan; Bila mendengar adik bertunang, Abang di sini tak sedap badan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |  
  | Pokok sena pokok kuini, Ikan Sepat mabuk di paya; Biar berhutang di sana sini, Asal dapat tunjuk gaya. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |  
  | Pokok berembang pokok bidara, Tumbang berpaut di dahan bakau; Kalau tuah memang ada, Jatuh ke laut menjadi pulau. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |  
  | Pokok ciku pokok kuini, Buahnya gugur ke dalam paya; Kalau kutahu nasib begini, Tidak guna hidup di dunia. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |  
  | Pokok rambai pokok penapak, Kujolok mari luruh bunganya; Kulambai tidak nampak, Akan kulangkau jauh rumahnya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |  
  | Pokok ciku pokok meranti, Dititi oleh anak undan; Setiap waktu duduk menanti, Menanti tiba janjinya tuan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |  
  | Pokok rumbia pokok dedap, Manakan sampai si pokok jambu; Sedangkan lebai lagikan tersilap, Inikan pula kurang ilmu. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |  
  | Pokok renek sarang penyengat, Melayi layu di tengah hari; Pujuk nenek kata keramat, Jadilah cucu payung negeri. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |  
  | Pokok keladi di tepi paya, Bunga teratai kembang bertaut; Kalau berbudi pada yang kaya, Sama mencurah garam ke laut. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |  
 
				 
			 
		 
	 
                        
 
                    
                 | 
                
                    
    | Tesaurus | 
|---|
  |  | Tiada maklumat tesaurus untuk kata pokok. |  
  |  
  
   | Puisi | 
|---|
  |   
  Pokok rumbia pokok dedap,      Manakan sampai si pokok jambu;  Sedangkan lebai lagikan tersilap,      Inikan pula kurang ilmu.
 
 
 
  Lihat selanjutnya... |  
  
    |