Pantun |
Sumber |
Tema |
Bukan mukun sayang, sebarang mukun, Mukun diletak beralas, tidak beralas; Bukan pantun sayang, sebarang pantun, Pantun kami balas, meminta balas. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
Pak Dolah orang bersantun, Bersantun berbudi anak watan; Bismillah kumulakan pantun, Pantun bersulam bunga harapan. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
Petik bunga serumpun, Rumpun bunga melati; Patik mohon berpantun, Pantun menghibur hati. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Ini kuih baulu, Ini kuih meruku, Tidak kira bulu, Inilah bangsaku, | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Mengalir air mata, Air mata menteri, Engkaulah permata, Permata anak negeri. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Petik-petik gita, Petik satu-satu; Asyik memuka bota, Hati jadi batu. | Pantun Melayu Sarawak | Usik-Usik |
Rama-rama cantik, Cantik tak terkata; Main-main tilik, Percaya batu bata. | Pantun Melayu Sarawak | Usik-Usik |
Kain-kain basah, Semua warna merah; Hidup tambah susah, Anak penagih dadah. | Pantun Melayu Sarawak | Usik-Usik |
Terang-terang pelita, Tersembunyi anak dara; Mak tambah derita, Bapa masuk penjara. | Pantun Melayu Sarawak | Usik-Usik |
Biji-biji saga, Jatuh dua tiga; Apa nak dikata, Bapa sudah gila. | Pantun Melayu Sarawak | Usik-Usik |
|
Tesaurus |
---|
| pantun | | Rujuk :puisi |
|
|