Pantun |
Sumber |
Tema |
Apakah lilin di biduk, Namun gala-gala jua; Apakah kirim mande esok, Anak berurai air mata jua. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Kalau begitu rupanya padi, Namun mengindang layu-layu; Kalau begitu rusuhnya hati, Mahu menumpang biduk lalu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Patah atap kerana buluh, Atap dijalin dengan tali; Patah sayap bertongkat paruh, Namun undur pantang sekali. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Bunga kenanga bunga kenangan, Kenangan Uda bersama Dara; Seribu tahun dalam kehilangan, Namun lupa tidak ketara. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Cik Kadir menetak senduduk, Senduduk tumbuh tepi telaga; Kalau takdir tak dapat tanduk, Namun telinga kupulas juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Walau kencang bertiup angin, Kapal berlabuh akan terbalik; Biarlah karam di tengah lautan, Namun tidak berpatah balik. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Rumah bertiang dinding papan, Tanam selasih di tengah laman; Biar hilang segala harapan, Namun kasih hamba turutkan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Datuk Bentara mudik ke hulu, Hajat membina sebuah kota; Biar mara datang bertalu, Namun cinta kugagah juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Saya ke darat ke rumah Zaharah, Mari mengambil buah keranji; Biar kumati bertumpah darah, Namun menyerah tidak sekali. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Dari Perlis pergi ke Sabah, Datang ke Sabah berjalan kaki; Biar mati bertumpah darah, Namun kuundur tidak sekali. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
|
Puisi |
---|
|
Kalau begitu rupanya padi, Namun mengindang layu-layu; Kalau begitu rusuhnya hati, Mahu menumpang biduk lalu.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 373 All men must die Semua orang pasti mati. Bunga gugur putik pun gugur I just couldn't believe it when my brother passed away that morning. He was still young.But all men must die. Only God is immortal. Aku tak percaya yang adikku pergi buat selama-lamanya. Dia masih muda. Namun bunga gugur putik pun gugur . Hanya Tuhan sahaja yang daim. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|