Pantun |
Sumber |
Tema |
Muatan sarat beribu bungkal, Hendak berniaga negeri besar; Sayap kukerat taji kutinggal, Kiri kanan habis kucakar. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Sudah penuh muatan kandang, Induk ayam banyak menetas; Sudah berpuluh surat melayang, Sepucuk haram tidak berbalas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sarat sekali muatan sampan, Kerana ombak tentulah karam; Ibarat mentari dengan bulan, Cahayanya nampak siang malam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Perahu sekuci muatan sarat, Tenggelam duduk di muka kuala; Cuba sedikit terasa kelat, Racun diminum hilang dahaga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Perahu sarat muatan daun, Sarat berisi dengan lokan; Kalau hidup sepuluh tahun, Sepanjang hayat aku nantikan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kapal belayar sarat muatan, Nelayan di laut sedang memukat; Biar jauh seberang lautan, Kerana budi terasa dekat. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Haluan sarat banyak muatan, Nampak cahaya batu karang; Tuan ibarat permata intan, Di mana tercampak di situ terang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Besar perahu orang Tambelan, Muatan sarat tiada golek; Biarpun malu abang tahankan, Asalkan dapat bersama adik. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Dari pulau orang belayar, Muatan sarat berisi beras; Hati risau hilanglah sabar, Teringat surat tiada dibalas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau tuan bawa perahu, Muatan isi buah berangan; Hendak berbudi biar selalu, Supaya boleh buat kenangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
|
Puisi |
---|
|
Perahu sekuci muatan sarat, Tenggelam duduk di muka kuala; Cuba sedikit terasa kelat, Racun diminum hilang dahaga.
Lihat selanjutnya... |
|