| Pantun |
Sumber |
Tema |
| Kami melawat Kalimantan Barat, 17 Ogos Indonesia merdeka; Sedang jauh terasa dekat, Kini baru bersua muka. | Pantun Melayu Sarawak | Serumpun Senada |
| Bermain suka-suka, Bermain bola-bola; Kamu mahu merdeka, Sampai bila-bila. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
| Belas kasih dari Paduka, Kasih jangan disia-sia; 16 September Sarawak merdeka, Sabah Sarawak menjadikan Malaysia. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
| Di bawah Khatulistiwa kami bersumpah, Parang ilang Sri Ayu; Satu jiwa usah dipisah, Keramat merdeka rumpun Melayu. | Pantun Melayu Sarawak | Serumpun Senada |
| Parti Panas Parti Berjasa, Ketiga dengan Parti Pesaka; Berbilang kaum berbilang bangsa, Sama-sama mahu merdeka. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
|
|