Pantun |
Sumber |
Tema |
Apabila merasa hendak makan, Bawalah beras tanaklah nasi; Bila meminta hendaklah sopan, Supaya ikhlas orang memberi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Sejak merasa buah pinang, Banyak limau terasa kelat; Sejak rusa membuka gelanggang, Banyaklah harimau belajar silat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Banyaklah orang merasa lapar, Kerana tidak tahu memasak; Banyaklah orang berdosa besar, Kerana melawan ibu dan bapak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Banyaklah orang merasa lapar, Kerana tidak tahu memasaknya; Banyaklah orang berdosa besar, Kerana melawan ibu dan bapaknya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Walaupun beruk merasa gerun, Nampak manggis lapang dadanya; Walaupun datulah tua rabun, Nampak gadis terang matanya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Yang terbakar merasa hangat, Yang berhujan tentulah sejuk; Orang penyabar bawa bersahabat, Orang penyegan perlu dipujuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Baru merasa hatiku rindu, Bawa berulam si buah pauh; Baru merasa kehendak rindu, Bawa mengenang kekasih jauh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Adat sedusun tuntun-menuntun, Adat sedesa rasa-merasa; Adat menuntun jangan menghamun, Adat merasa jangan terpaksa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Apalah tanda buah kepayang, Siapa merasa lidahnya pedih; Apalah tanda si tua miang, Bersua perawan ludah meleleh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Bawalah bekal berjalan jauh, Supaya tidak merasa lapar; Habislah akal badan berpeluh, Adinda tidak mahu kulamar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata merasa |
|
Puisi |
---|
|
Burung serindit di dalam perahu, Bunga bayam di dalam dulang; Hati adik merasa rindu, Kerana berjauhan dengan abang.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 71 If the cap fits, wear it Jika kita terasa apabila dikritik meskipun nama kita tidak disebut maka kritikan itu memang ditujukan tepat kepada kita. Siapa yang kena cubit, dialah yang merasa sakit When a Malay film portrayed a character who could not speak proper English, a veteran actress suddenly flew into a temper, accusing that the producer was trying to make fun of her. " If the cap fits, wear it!" rebuked the film producer. Apabila sebuah filem Melayu memaparkan satu watak yang lintang-pukang bahasa Inggerisnya, seorang pelakon veteran tiba-tiba melenting marah, dengan menuduh bahawa pengeluar filem itu cuba mempersendakannya." Siapa yang kena cubit, dialah yang merasa sakit!" tempelak pengeluar filem itu. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|