Pantun |
Sumber |
Tema |
Pagi mengambil buah kepayang, Kepayang direndam dalam telaga; Berapa panjang Sungai Rajang, Hati bercinta direnang juga. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Enutuk mengambil upah, Siapa menampikan? Amun buruk tapih kurupah, Siapa menggantikan? | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tengah hari mengambil kerang, Kerang penuh sebakul rotan; Tanah ada diduduk orang, Sayangku tinggal di tanaj setinggan. | Pantun Melayu Sarawak | Nasib |
Ke laut mengambil lokan, Burung tiung memanggil anak; Janganlah malu janganlah segan, Samalah kita berdagang sanak. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Orang laut mengambil kerang, Orang kompeni memegang senapang; Sekali gelap sekali terang, Bintang tabur hari nak siang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Pergi ke pulau mengambil kerang, Bawa mari Kuala Linggi; Baru berpucuk belum bercabang, Sudah nak jadi pohon yang tinggi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Pergi ke perigi mengambil timba, Timba terletak tepi halaman; Walaupun banyak kembang di rimba, Mawar di jambangan jadi idaman. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pergi menjenguk orang Pekasa, Pergi mengambil buah gajah; Hati baik selembut bahasa, Hati busuk serupa wajah. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Tinggi pasir Kuala Petani, Rasa mengambil rasa tidak; Apa taksir pada kami, Rasa nak masuk rasa tidak. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Berkawan-kawan ke Bukit Kota, Hendak mengambil buah jambu; Ingat pesan Datuk Paduka. Taat kepada ayah dan ibu. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengambil |
|
Puisi |
---|
|
Ke laut mengambil lokan, Burung tiung memanggil anak; Janganlah malu janganlah segan, Samalah kita berdagang sanak.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 194 To fish in troubled waters Cuba mengambil kesempatan daripada keadaan kekalutan atau kesusahan orang lain demi kepentingan diri. Menahan lukah di pergentingan The two nations were on the brink of war, and the big powers did nothing even though they could stop them. They hoped to fish in troubled waters by selling their weapons to the nation in conflict. Dua buah negara itu diambang peperangan, dan kuasa-kuasa besar pula hanya berpeluk tubuh meskipun mereka boleh menghalangnya. Mereka berharap untuk menahan lukah dipergentingan dengan menjual senjata kepada Negara terbabit. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|