Pantun |
Sumber |
Tema |
Yang mustahil memeluk gunung, Kecuali gunung bercabang dua; Orang kiri duduk termenung, Hati bingung mengenang belanja | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Niat hati memeluk gunung, Apa daya tangan tak sampai; Berat hati hendak berkunjung, Hidupku papa badan tergadai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Memegang sumpah mati pun mahu, Memeluk amanat pagi dan petang; Pantang memfitnah memberi malu, Menokok sahabat dari belakang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Gelaklah beruk mencabut kunyit, Mahu digigit terasa mual; Hendak memeluk perutnya buncit, Mahu mencubit kukulah tanggal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Bagaimana orang hendak menumbuk Lesungnya saja tidak beralu; Bagaimana abang hendak memeluk, Dipandang saja adik tak mahu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Asap tinggi ngulung-ngulung, Anak buaya menggonggong bangkai; Harap hati nak memeluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Anak buaya pergi bertenung, Singgah ke lubuk memakan bangkai; Hendak hati memeluk gunung, Gunung dipeluk tangan tak sampai. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Orang hulu membeli badik, Badik dicuci lalu disental; Tidur malam mimpi memeluk adik, Bila kujaga kulihat bantal. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hitamlah hitam bergigi emas, Duduklah dia pandai berlawa; Sajalah hitam dipeluk kemas, Seperti memeluk intan gemala. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Asuklah hitam bergigi emas, Ekor dia lilit ke sawa; Tubuhnya hitam kupeluk kemas, Rasa memeluk intan gemala. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Puisi |
---|
|
Anak buaya pergi bertenung, Singgah ke lubuk memakan bangkai; Hendak hati memeluk gunung, Gunung dipeluk tangan tak sampai.
Lihat selanjutnya... |
|