Pantun |
Sumber |
Tema |
Kalau memanjat pokok keranji, Buah kelapa jatuh bertandan; Kalau teringat kepada janji, Sapa-sapalah kami di jalan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Siapa suka memanjat pinang, Sekali-sekali badan kan penat; Siapa suka berbuat curang, Sekali-sekali tangan terkebat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Siapa suka memanjat tiang, Lama-lama pasti tercampak; Siapa saja kuat berhutang, Lama-lama mati mendadak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Siapa suka memanjat kayu, Lama-lama tentulah jatuh: Siapa saja kuat berseteru, Ke mana-mana kena pelupuh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Anak kala memanjat pinang, Nampak dari tanah Makkah; Masa ini kita bertunang, Sabar-sabarlah sebelum menikah. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Riang-riang memanjat pagar, Anak kura kena belantik; Hari siang abang tak sedar, Saya tidur dua beradik. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bagaimana ungka tidak memanjat , Kijang marah semut merengus; Bagaimana muka tidakkan merah, Sedang menyembah kentut berlepus. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Apa tanda kacang memanjat, Dari tanah terus ke pucuk; Apa tanda orang beradat, Hati rendah laku pun elok. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Banyaklah beruk makan cempedak, Memanjat kayu sepanjang hari; Hendak merajuk bukanlah budak, Penat merayu orang tak sudi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Anak tikus mati tercampak, Memanjat pohon ditepi sungai; Awak kurus berbini banyak, Lambat-laun mati meragai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
|
Puisi |
---|
|
Riang-riang memanjat pagar, Anak kura kena belantik; Hari siang abang tak sedar, Saya tidur dua beradik.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 223 Don't get into deep water until you learn how to swim Jangan melakukan sesuatu yang berisiko atau berbahaya selagi diri belum mampu untuk menanganinya atau menghadapinya. Melilit dulu kemudian memanjat You should not have agreed to take part in this expedition with the little experience that you have. My advice is, don't get into deep water until you learn how to swim. Kamu tidak sepatutnya menyertai ekpedisi ini dengan hanya berbekalkan secebis pengalaman. Nasihatku, melilit dulu kemudian memanjat . Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|