| Pantun |
Sumber |
Tema |
| Sudah ikat baru sembelih, Masak berempah isi kepalanya; Intan manikam cari boleh, Payah jumpa kilat cahayanya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Pokok rambutan tepi kolam, Buah dipetik hari-hari; Intan manikam berselang nilam, Cahaya melimpah dalam negeri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Pada berbini baik bujang, Supaya jangan jadi terhutang; Intan manikam cahaya bintang, Terang semacam lilin dipasang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Hutan melarat dimakan api, Pokok ditanam habis mati; Intan manikam mahligai hati, Kalau hilang payah berganti. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Lang Buana mengait ciku, Gugur sebiji ke Majapahit; Hilang warna manikam biru, Terkena sinar intan yang baik. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Kuda hitam sila hitam, Pakai anak Inderagiri; Tuan umpama intan manikam, Cahaya melimpah dalam negeri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Kuda hitam silanya hitam, Pacu anak Raja Deli; Tuan umpama intan manikam, Cahaya naik berseri-seri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Buah pulut di tepi kota, Buah dipetik sehari-hari; Cukup hairan hati saya, Intan manikam jadi sendiri. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
| Orang berjalan pagi hari, Anak raja mati tertikam; Bawa andang suluh negeri, Di mana ada intan manikam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
|
| Puisi |
|---|
|
Pokok rambutan tepi kolam, Buah dipetik hari-hari; Intan manikam berselang nilam, Cahaya melimpah dalam negeri.
Lihat selanjutnya... |
| Peribahasa |
|---|
| 512 A shut mouth catches no flies Lebih wajar berdiam diri daripada terus berkata-kata supaya konflik dapat dielakkan Dikulum menjadi manikam, dimuntah jadi sekam As my wife is usually irritable upon returning from work, I refrain myself from arguing her. She turns our house topsy-turvy if I open my mouth. A shut mouth catches no flies. Memandangkan isteriku lekas naik marah sekembalinya dari tempat kerja, aku menahan diriku daripada bertengkar dengannya. Rumahku akan jadi porak-peranda jadinya jika aku membuka mulut. Dikulum menjadi manikam, dimuntah jadi sekam. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|