Pantun |
Sumber |
Tema |
Bagaimana pedang takkan majal, Banyak dipakai menebang buluh; Bagaimana orang takkan sebal, Awak berpakaian kurang senonoh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apa guna membeli parang, Kalau majal tidak menelap; Apa guna menjadi orang, Kalau berbuat tidak beradab. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Elok tombak kerana disepuh, Kurang sepuh menjadi majal; Elok anak kerana diasuh, Kurang asuh pasti mendajal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Apa tanda parang berkarat, Besinya rosak mata pun majal; Apa tanda orang beradat, Budinya nampak serta berakal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
|
|