Pantun |
Sumber |
Tema |
Letak di tengah talam, Mari tumbuk kutapisi; Bangun tersedak tengah malam, Bantal kupeluk kutangisi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ambil sebiji letak di tepi, Budak-budak bermain di paya; Tuan tidak ambil peduli, Tidakkah belas melihat saya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Di mana letak jelaga, Jelaga terletak pada sumbu; Di mana letak syurga, Syurga di telapak kaki ibu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kain putih masih basuh, Letak jangan tempat beradu; Kelau berkasih resah gelisah, Tidak terasa manisnya madu. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Gelilah tiung berbini banyak, Letak berjalan campak ke parit; Gigilah ompong gusi pun bengkak, Hendak menelan selera pahit. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Anak Cina menggali cacing, Letak mari dalam tempurung; Kalau tak kenal mata dacing, Pada ditimbang baik diborong. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Cari rebung tanah seberang, Letak mari di atas tikar; Kalau menyambung hendaklah panjang, Kalau menebar hendaklah lebar. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Kain baju sutera gumbang, Letak berlipat di atas peti; Lain dituju lain yang tumbang, Tidaklah dapat hajat di hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Anak udang ada sejemput, Letak mari atas pelantar; Datang tidak menjemput, Balik tidak berhantar. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Sapu tangan pelikat hijau, Letak mari haluan perahu; Luka di tangan kerana pisau, Luka di hati siapa tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Puisi |
---|
|
Ambil sebiji letak di tepi, Budak-budak bermain di paya; Tuan tidak ambil peduli, Tidakkah belas melihat saya.
Lihat selanjutnya... |
|