Pantun |
Sumber |
Tema |
Lembah Saji berbukit-bukit, Tumbuh subur cendawan bunga; Allah menguji baru sedikit, Siapakah dapat melawan-Nya. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Arang batu lembah Kalimantan, Lombong diurus anak Peringgi; Orang sudah samai ke bulan, Tuan mencedok air perigi. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Tanah Seleboh tanahnya lembah, Pucuk keduduk bercabang dua; Sungguh lembah tempatnya singgah, Menumpang duduk setahun dua. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Tanah Lambor tanahnya lembah, Tanam keduduk bercabang dua; Memang tanah Lambor ini bertuah, Siapa nak duduk mesti berdua. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Ibu kapur di lembah paya, Tebang balam di cuaca redup; Sirih sekapur persembahan saya, Minta disimpan seumur hidup. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Padi pulut tanahnya lembah, Sarang penyengat perdu mengkuang; Jikalau ikut sampai ke rumah, Takut ditengok olehlah orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Serindit turun bersarang di lembah, Sang Pendeta dalam hikayat; Seribu tahun tidak berubah, Sanggupkah menderita sepanjang hayat? | Pantun Melayu Sarawak | Berkait |
Naik turun jalan ke lembah, Bila petang nampaknya suram; Adik sepantun indah bertuah, Hamba timang siang dan malam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Ular pucuk jatuh ke lembah, Ular lidi jatuh berdebab; Surat sepucuk datang menyembah, Kalau sudi segelah jawab. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Limau purut tanam di lembah, Gugur buahnya dimakan ular; Belum pernah saya beroleh, Baru ini iman tergugur. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Puisi |
---|
|
Tanah Lambor tanahnya lembah, Tanam keduduk bercabang dua; Memang tanah Lambor ini bertuah, Siapa nak duduk mesti berdua.
Lihat selanjutnya... |
|