Pantun |
Sumber |
Tema |
Elok kain kerana lebar, Lebar penudung aurat sendiri; Elok pemimpin kerana sabar, Sabar menampung umpat dan keji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kalau terkait tali arang, Rentangkan tali lebar-lebar; Kalau sakit jangan mengerang, Tenangkan hati banyak sabar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sungguh lebar perigi batu, Dilangkahi orang tiada tetap; Sungguhlah sabar hati si bisu, Dimarahi orang tiada menjawab. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sungguh elok berbatang lebar, Tidak nampak basah kuyupnya; Sungguh elok orang bersabar, Tidak nampak susah hidupnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sungguh molek batang ketakal, Kayunya lebar durinya merah; Sungguh elok orang berakal, Lakunya sabar hatinya murah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Laut bukan sebarang laut, Laut lebar dilanda ombak; Mulut bukan sebarang mulut, Mulut besar kepala bengkak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Banyak kain perkara kain, Kain berenda lebar bertekat; Banyak main perkara main, Main muda berlanggar adat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Yang bukit biarlah bukit, Untung bukit berhutan lebar; Orang buncit biarlah buncit, Untung buncit berjalan sabar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Apa tandanya batang padi, Tumbuhnya di ladang lebar buahnya; Apa tandanya orang berbudi, Elok dipandang baik lakunya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Telah lama orang menekat, Membuat baju kebaya lebar; Sudah lama abang terpikat, Hendak bertemu dada berdebar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |