Pantun |
Sumber |
Tema |
Selayak burung di rimba, Padi emping tiga tangkai; Ikutkan layak badan dah tua, Nak mati bertindih bangkai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Burung merak burung di rimba, Burung makan padi setangkai; Belum layak rupanya dia, Hendak mati bertindih bangkai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Banyaklah orang mencari rusa, Sekali tembak kaki terpilin; Banyaklah orang menjadi penguasa, Tapi tak layak menjadi pemimpin. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Orang berjamu lauknya kari, Nasi ditanak di pangkal sena; Orang berilmu bijak bistari, Bukanlah layak orang yang hina. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Buah belolok penuh duri, Jatuh terletak di kolam Cina; Habis elok lagi bestari, Bukanlah layak orang yang hina. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
|
Puisi |
---|
|
Selayak burung di rimba, Padi emping tiga tangkai; Ikutkan layak badan dah tua, Nak mati bertindih bangkai.
Lihat selanjutnya... |
|