Pantun |
Sumber |
Tema |
Mengapa duduk di ambang pintu, Lapis-berlapis sanding papan; Mengapa cakap abang begitu, Berapa lapis dinding di badan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau mudik ke Tanjung Batu, Lapis-berlapis daun pandanya; Kalau adik berkata begitu, Berapa lapis dinding badannya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Ada malangnya bertabir kuning, Kurang lapis tidak berguna; Ada malangnya berbibir sumbing, Orang menangis awak tertawa. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kalau semanggar rumpun bawang, Pagar berbuah berlapi-lapis; Kalau mendengar cakap orang, Dengarkan dahulu habis-habis. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Mari tetak atap rumbia, Cucuk dia berlapis-lapis; Bila jumpa bapa saya, Barulah dapat apa yang terpilih. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Bunga tanjung putih berseri, Bunga kembang berlapis-lapis; Lagu canggung lagu asli, Lagu asal negeri Perlis. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Orang putih berkereta api, Cina gedung jahit kebaya; Tujuh lapis pagar besi, Bunga sekuntum kuambil juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau tak ada lapik pandan, Tidakkan orang mudik ke hulu; Kalau tak ada lapis di badan, Tidakkan abang menentang malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Batang delik batang bertarah, Batang keladi manisnya ada; Orang nan cerdik penyambung lidah, Orang berani kan lapis dada. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Anak kera masuk ke negeri, Ramailah budak jadi menangis; Awak dah tua tak tahu diri, Memakai bedak berlapis-lapis. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
|
Puisi |
---|
|
Bunga tanjung putih berseri, Bunga kembang berlapis-lapis; Lagu canggung lagu asli, Lagu asal negeri Perlis.
Lihat selanjutnya... |
|