Pantun |
Sumber |
Tema |
Apabila lantai sudah lapuk, Di mana lagi tempat bersila; Apabila perangai sudah teruk, Ke mana pergi mendapat bala. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Waktu duduk lantai berderak, Hendak tegak seluar sangkut; Malulah datuk ditertawa budak, Awak membentak keluar kentut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Selama memasang lantai perahu, Banyaklah ketam lata melata; Selama musang pandai merayu, Banyaklah ayam nan jatuh cinta. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Banyaklah orang memaku lantai, Kita memaku pelupuh juga; Banyaklah orang mengaku pandai, Kita mengaku bodoh juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sirih kuning celah lantai, Ayam putih berkokok lalu; Adik kuning panjang lampai, Adik putih abang gemalu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apabila atap sudah bocor, Lantai lapuk kelambu basah; Apabila bercakap suka takbur, Perangai buruk malu bersimbah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Terbilang kayu kerana kuatnya, Kuat untuk lantai dan dinding; Terbilang Melayu kerana adatnya, Adat seronok dipakai berunding. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Andainya tegak di bawah tiang, Tengok-tengok lantai yang patah; Andainya awak dituakan orang, Elok-elok menyampaikan petuah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Keratlah-kerat batang samak, Dapat dibuat bilah lantai; Ingat-ingatlah nak pesan emak, Sudah diingat lalu dipakai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Bersigup tidak ku pandai, Baranya jatuh ke lantai; Kasih mengejut tidak ku pandai, Ibarat angin tiup selesai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata lantai; |
|
Puisi |
---|
|
Sirih kuning celah lantai, Ayam putih berkokok lalu; Adik kuning panjang lampai, Adik putih abang gemalu.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 11 A bad workman always blames his tools Orang yang tidak pandai melakukan sesuatu pekerjaan biasanya enggan mengakui kelemahan diri tetapi sebaliknya menyalahkan alat yang digunakan pula. Tak tahu menari, dikatakan lantai jungkang -jungkit. She apologized for the burnt cookies, saying that her oven was an old model. Incompetent people always blame other things for their failures. As the saying goes, a bad workman always blames his tools. Dia meminta maaf kerana biskut tersebut hangus. Alasannya ialah ketuharnya model lama. Orang yang tidak mahir sering menyalahkan benda lain atas kegagalan mereka, bak kata pepatah tak tahu menari, dikatakan lantai jungkang -jungkit. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|