Pantun |
Sumber |
Tema |
Kata tua kata berpucuk, Pucuk berpunca pada agama; Hina bangsa gila kemaruk, Kemaruk harta gila dunia. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Rosak tiang kerana bengkok, Tiang bengkok cepatlah rebah; Rosak orang kerana kemaruk, Orang kemaruk niatnya salah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Zaman kini zaman kemaruk, Gila pangkat kemaruk harta; Dengan bini jangan beramuk, Supaya dapat duduk bermanja. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Biarlah orang menumbuk genta, Kita menumbuk padi di peti; Biarlah orang kemaruk harta, Kita kemaruk budi pekerti. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Mengapa ladang tidak ditengok, Kerana tak sudi menugal malam; Mengapa orang banyak kemaruk, Kerana tak peduli halal haram. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Yang disebut berkain buruk, Kainnya buruk gunanya banyak; Orang berebut bermain buruk, Kahwin kemaruk kerja merosak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Baik urat elok batangnya, Elok batang tidak lapuk; Baik adat elok orangnya, Elok orang tidak kemaruk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
|
|