| Pantun |
Sumber |
Tema |
| Zaman kini kemarau panjang, Layu semua betik dan terung; Badanku mati di rantau orang, Hatiku pada adik di kampung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Air keruh bertambah keruh, Musim kemarau semakin panjang: Hatiku rusuh bertambah rusuh, Kerana risau menunggu abang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Awan merah tanda kan panas, Musim kemarau mulai datang; Jangan marah duduk berkipas, Hamba bergurau menguji abang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Sumatera berjerbu Jambi berjerebu, Hutan terbakar musim kemarau; Rasa sayu hatiku pilu, Mendengar khabar dari perantau. | Pantun Melayu Sarawak | Serumpun Senada |
| Bagaimana bunga takkan gugur, Bila dilanda musim kemarau; Bagaimana nama takkan hancur, Bila kerjanya mencari kacau. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Cik Bah anak Cik Daud, Cucu pula pada Cik Anjang; Musim bah dagang tak hanyut, Inikan pula kemarau panjang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
| Burung merah terbang ke laut, Sampai ke laut mengangkut sarang; Air bah kapal tak hanyut, Inikan pula kemarau panjang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
|
| Puisi |
|---|
|
Burung merah terbang ke laut, Sampai ke laut mengangkut sarang; Air bah kapal tak hanyut, Inikan pula kemarau panjang.
Lihat selanjutnya... |
|