Pantun |
Sumber |
Tema |
Tali apa nampak kelihatan, Tali layang putus teraju; Di kiri api di kanan lautan, Jalan yang mana hendak dituju. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Sayang keduduk kayu hutan, Hijau biru kelihatan; Mana duduk di pangku tuan, Lemah lesu rasa badan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Gunung Saga Gunung Banang, Bukit Pengaram kelihatan indah; Bila terjaga selalu terkenang, Hati di dalam semakin gundah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Raut buluh raut rotan, Duduk memtik daun ulam; Laut biru jelas kelihatan, Di bawah berjuta rahsia alam. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Raut buluh raut rotan, Duduk memetik daun ulam; Laut biru jelas kelihatan, Di bawah berjuta rahsia alam. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Sayang anggerik bunga di hutan, Patah tangkai terkulai layu; Cantik di muka nampak kelihatan, Buruk di hati siapa tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Hujan lebat cuaca buruk, Tambah pula bukit-bukitan; Di sana sini berbau busuk, Mayat juga tidak kelihatan. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
|
Puisi |
---|
|
Sayang keduduk kayu hutan, Hijau biru kelihatan; Mana duduk di pangku tuan, Lemah lesu rasa badan.
Lihat selanjutnya... |
|