Pantun |
Sumber |
Tema |
Adat Melayu memuliakan umat, Bersangka baik sesama insan; Kuat Melayu hingga kiamat, Pada yang baik ia bertahan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bunyi pagar dipaut jentera, Tumbang sebatang pokok kapas; Bumi bergegar laut bergelora, Insan lemas tidak bernafas. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Jika ada kain kapan, Simpan dengan sehelai tikar; Jika ada rasa keinsafan, Insan kerdil ambillah ikhtibar. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Mengkaji ilmu hendaklah sampai, Supaya jangan kita tersesat; Terpuji Melayu bijak perangai, Sesama insan kita bersahabat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Penuh sebakul atap rumbia, Gugur jatuh bertindih-tindih; Sudah jadi resam dunia, Perangai insan suka memilih. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
|
Tesaurus |
---|
| insan | Bahasa Asal :Arab | | Rujuk :manusia |
|
|