Pantun |
Sumber |
Tema |
Pakai sepatu Indera Bangsawan, Sayang pak imam pergi ke kota; Jangan begitu wahai kawan, Teguhkan iman di dalam dada. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Kerana ayam lupakan taji, Banyaklah musang menahan jerat; Kerana imam lupakan kaji, Banyaklah orang kerja maksiat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Memukul itik di tepi kota, Mari dikayuh sampan pengail; Imam khatib lagi berdosa, Bertambah lagi kita yang jahil. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Di zaman sekarang bermotor sangkut, Singgah sebentar rumah pak imam; Sebab adik tak mahu ikut, Dunia ini dunia pinjaman. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Waktu duduk menanti malam, Banyaklah sampan dibakarnya; Waktu beruk menjadi imam, Banyak fatwa ditukarnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sejak periuk menjadi hitam, Banyaklah berbedak arang; Sejak beruk menjadi imam, Banyaklah umat tidak sembahyang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Waktu menteri berdagang tilam, Para datuknya membuat bantal; Pilulah hati memandang imam, Kerana nyanyuk ayat tertinggal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Ujung tiang diberi tanggam, Pecah sedikit tiangnya miring; Untung malang menjadi imam, Salah sedikit orang pun bising. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tengah hari duduk berteduh, Penat diam menanti petang; Patahlah hati duduk mengeluh, Melihat imam mandi telanjang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Cik Bedah orang Patani, Ikan toman dalam nipah; Tak sudah duduk begini, Panggilkan imam kita menikah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |