Pantun |
Sumber |
Tema |
Hilir berderap mudik berderap, Patah galah haluan perahu; Bini berkurap laki berkurap, Penat tangan kaki bergaru. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Hilir Daik menyongsong Daik, Tanam terombong di bawah batang; Kalau abang budi baik,baik/datang Tidak diseru saya datang. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Hilir perahu dari seberang, Dengar suara ayam berkokok; Kalau dah tahu harimau garang, Pasang jerat di pangkal pokok. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Hilir derap mudik derap, Singgah pangkalan gaharu; Bini kurap laki pun kurap, Boleh lawan bergaru-garu. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Hilir rakit bawa berenang, Hanyut dari tanah seberang; Bagaimana penyakit mahu hilang, Sakit ditanggung makan tak pantang. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Hilir sehari mudik sehari, Singgah menyincang nangka muda; Tak minum sehari makan sehari, Asalkan bertentang sesama muda. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hilir rakit sungai sempit, Anak raja turun menuba; Hulur sirih jari dipicit, Itulah tempat muda mencuba. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hilir mudik ke bandar raja, Raja ada di Pasir Panjang; Cantik molek manakan ada, Sedang elok pertimbangan abang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hilir mudik batang berdahan, Batang mengkudu pecah uratnya; Haus lapar dapat kutahan, Hati rindu apa ubatnya? | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hilir ke pekan tak sampai sehari, Singgah menyincang nangka muda; Kalau tuan tak makan sehari, Sudah bertentang janda muda. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Puisi |
---|
|
Hilir Daik menyongsong Daik, Tanam terombong di bawah batang; Kalau abang budi baik, baik/datang Tidak diseru saya datang.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 283 Kill two birds with one stone Mencapai dua maksud sekali gus dengan melakukan satu kerja atau tindakan. Sambil berdendang, biduk hilir. We are really kill two birds with one stone at the stadium. We were not only able to watch our favourite game but also earning some profit by selling souvenirs there. Kami betul-betul sambil berdendang, biduk hilir di stadium itu. Kami bukan sahaja menonton sukan kegemaran kami tetapi juga meraih untung dengan menjual cenderamata di sana. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|