Pantun |
Sumber |
Tema |
Budak-budak bermain basikal, Jatuh kerana terlanggar pedati; Hendaklah tabah hendaklah cekal, Hingga sampai hajat di hati. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Hendaklah minum tidak bergula, Pahitlah pahit diminum juga; Sudahlah hati bersama suka, Baiklah baik diikut juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Buah kedarah buah kepayang, Buah kelat julat berjulat; Pada saudara hendaklah sayang, Pada sahabat hendaklah taat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Cari rebung tanah seberang, Letak mari di atas tikar; Kalau menyambung hendaklah panjang, Kalau menebar hendaklah lebar. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Mencari ilmu hendaklah tekun, Supaya dapat dibuat bekal; Terpuji Melayu hidupnya rukun, Dunia akhirat tidak menyesal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mencari ilmu hendaklah tabah, Supaya jangan kita terlantar; Terpuji Melayu akhlaknya indah, Memikul beban kita bersabar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mengkaji ilmu hendaklah sampai, Supaya jangan kita tersesat; Terpuji Melayu bijak perangai, Sesama insan kita bersahabat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Hendaklah baik memilih pandan, Di dalam pandan ada duri; Hendaklah baik membela badan, Di dalam badan ada diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Kalau berjaj hendaklah hemat, Supaya dagangan tetap berlaba; Kalau bekerja hendaklah cermat, Supaya pekerjaan tetap berjaya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila ribut menderu datang, Hendaklah jaga tali kemudi; Apabila perut terlalu kenyang, Banyaklah kerja tidak menjadi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |