Pantun |
Sumber |
Tema |
Sakit gigi dimakan ulat, Tinggal sebatang dua batang; Tuan benci aku meluat, Tuan kasih aku sayang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tangan-tangan gigi, Belum bersih lagi; Angan-angan tinggi, Belum tamat mengaji. | Pantun Melayu Sarawak | Usik-Usik |
Tidak tahan gigi ngilu, Makan pauh sisa tupai; Tidak tahan hati rindu, Jalan jauh rasa tak sampai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Yu parang yu tenggiri, Jarang-jarang gigi di depan; Tuntut ilmu kebaikan diri, Senjata mengidam darah di badan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Kain genggang bajunya putih, Jahit mari gigi belalang; Sejak terpandang hatinya kasih, Tidak peduli nyawa hilang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sungai Bintangor airlah merah, Tempat orang mencuci gigi; Kalau sungguh dipanjang Allah, Boleh kita berjumpa lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Ikan puput di tengah muara, Si jarang gigi timbul berkawan; Malang hidup tiada saudara, Kalau sudi terimalah tuan. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Duduk bersimbang di waktu petang, Makan sirih mengubat gigi; Sungguh anggerik indah dipandang, Ada seri tidak mewangi. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Pagi petang menjunjung cerek, Hendak diminum airnya pahit; Gigi panjang hidungnya pesek, Hendak mencium dikira menggigit. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Rambut ikal gulung di dahi, Khabar pulang bersarung gigi; Rasa tak kekal diam di sini, Akhir pulang ke tempat sendiri. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata gigi |
|
Puisi |
---|
|
Tidak tahan gigi ngilu, Makan pauh sisa tupai; Tidak tahan hati rindu, Jalan jauh rasa tak sampai.
Lihat selanjutnya... |
|